Kronologi kematian akibat H1N1 di Malaysia

This post is in Malay. 

Kompilasi oleh Nurulwahida M. Othman http://www.nurulwahida.com

1. 21 Julai 2009, Kuala Lumpur, Lelaki 30 tahun: Seorang pelajar Indonesia yang menuntut di INCEIF berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam pada 21 Julai 2009 11.50 pagi. Kematian disebabkan oleh “cardiac arrest due to ventricular fibrillation” tetapi beliau positif H1N1. Bedah disiasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur mendapati si mati mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda radang paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan seperti nanah pada bahagian bawah salur pernafasan.

2. 26 Julai 2009, Kuala Lumpur, Lelaki 46 tahun: Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad,26 Julai 2009. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

3. 29 Julai 2009, lokasi?, Lelaki 42 tahun: Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang 29 Julai 2009. Lelaki itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

4. 28 Julai 2009, Melaka, Perempuan 20 tahun: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru. Perempuan ini mempunyai badan yang gemuk. Meninggal dunia pada 9.40 pagi.

5. 1 Ogos 2009, Perak, Perempuan 10 tahun: Mangsa yang berumur 10 tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan, Bagan Serai, Perak pada  5.30 pagi 1 Ogos 2009. Perempuan.Mangsa sesak nafas, demam dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.

6. 2 Ogos 2009, Johor, Lelaki 11 tahun: Malaysia mencatatkan kematian keenam akibat jangkitan Influenza A(H1N1) apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan disahkan meninggal dunia pagi ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada Rabu lepas dengan simptom demam selama sehari. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis.

7. 3 Ogos 2009, Sarawak, Perempuan 23 tahun: Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak menjadi korban ketujuh influenza A (H1N1). Mangsa terbaru berusia 23 tahun itu yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri pukul 4.00 pagi ini selepas mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu. Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A (H1N1) pada 23 Julai lepas. Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula empat hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A (HINI).

8.  3 Ogos 2009, Negeri Sembilan, Perempuan 51 tahun: Mangsa kelapan membabitkan seorang guru wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Kuala Selangor yang disahkan meninggal dunia di Hospital Tunku Jaafar, Seremban malam kelmarin.
 

0 Responses to “Kronologi kematian akibat H1N1 di Malaysia”


  1. No Comments

Leave a Reply




About

Poring
Hi, I’m Nurulwahida. A SAP BW person by profession, an expert-to-be. Currently residing in Miri, Sarawak.
More...
Welcome Page
guest online. That's you!!

To-Do

25/08 MNS-CIMB Camp, Lambir
26/08 or 27/08 Tuition enquiries @ Peryatim with Sha (not done)
30/08 - 02/09 Jumpa ibu, ayah n adik2.. yeay!!
06/09 - 12/09 Sipadan!!
28/09 - 29/09 Limbang
06/10 - KidsKlick Nature Photography Workshop
13/09 - 13/10 Puasa
11/10 - 17/10 Cuti Rayaaa!!!
20/10 Brunei
27/10 Lambir? (cancelled)
03/11 - 06/11 Incredible Journey and Permai, Kuching
11/11 - 12/11 Mulu (extended to 13/11)

03/11 - 28/11 EP00 Training
Dec KL finally!!
2008
Brunei
Miri-Brunei-Limbang-Labuan-Limbang-Brunei-Miri
Redang
06/07 - 11/07 Singapore

Calendar

August 2009
M T W T F S S
« Nov   Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Close
E-mail It